It's time to be creative and innovative...Always try to discover new things and achieve excellence...

Wednesday 21 December 2011

WANG KERTAS / SYILING BARU




Siri Mata Wang Baru yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam (21/12/2011), meliputi siri wang kertas dengan reka bentuk baru membabitkan nota RM10, RM20 dan RM100 serta wang polimer RM1 dan RM5. Nota RM50 menggunakan reka bentuk sedia ada. Mata wang RM20 kembali diperkenalkan dalam Siri Mata Wang Baru oleh Bank Negara Malaysia (BNM) selepas lebih 16 tahun dihentikan pengeluarannya pada 1995.
Semua mata wang kertas dan polimer ‘berwajah’ baru itu akan mula diedarkan pada separuh kedua tahun depan manakala syiling baru meliputi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen yang dilancarkan Julai lalu akan mula diedarkan kepada orang ramai Januari depan.





Koleksi Not & syiling baru


Menurut BNM, wang kertas siri baharu ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat sejajar dengan kemajuan terkini dalam teknologi wang kertas.
''Ciri-ciri keselamatannya termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya.
Wang kertas itu juga boleh dikenal pasti melalui sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.an itu.

Ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi yang menjadi nadi negara merupakan inspirasi serta ilham utama dalam reka bentuk wang kertas siri terbaru berkenaan.

Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, siri keempat wang kertas itu memaparkan ekspresi tradisional seni dan kraftangan, keajaiban alam, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi, manakala bahagian depan semua denominasi wang kertas pula mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, bunga raya dan corak songket kain tenunan tradisional.


sumber:  harian metro dan utusan malaysia  22 Dis 2011

Sunday 18 December 2011

Keris & Tengkolok



Contoh  Keris
Maksud : sejenis senjata bermata dua yang tajam (bilahnya lurus dan berkelok-kelok).
Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar dipangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya.


Contoh Tengkolok

Tengkolok merupakan sejenis hiasan kepala yang digunakan sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melayu. Bagi masyarakat di Negeri Sembilan, panggilan Destar adalah sinonim untuk menggambarkan Tengkolok. Kini pakaian tengkolok sering digunakan oleh pengantin lelaki semasa bertandang dan bersanding di atas pelamin pada hari pertama istiadat perkahwinan dilangsungkan

Wednesday 14 December 2011

YDP Agong ke-14

Daulat Tuanku



 Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini(14 Oktober) bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.Baginda akan menjadi Agong bermula tahun 2011 sehingga 2016.Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama.