It's time to be creative and innovative...Always try to discover new things and achieve excellence...

Thursday, 9 June 2011

BAJA ORGANIK / KOMPOS

PENGGUNAAN PRODUK & TEKNOLOGI HIJAU

BAJA ORGANIK / KOMPOS

MAKSUD : Kompos adalah sejenis baja organic yang diperbuat daripada bahan sisa tanaman, sisa ternakan dan sisa makanan.
BAHAN KOMPOS :
1.       Sisa tanaman seperti jerami padi, batang jagung, rumput, daun, lalang, sabut kelapa dan sebagainya.
2.       Sisa Makanan seperti kulit buah-buahan, kulit udang, sisik ikan dan lebihan dapur.
3.       Najis Haiwan seperti tahi lembu, tahi ayam dan najis lain. Najis haiwan membekalkan mikroorganisma untuk menjalankan proses pereputan.
4.       Baja Nitrogen seperti urea, ammonium sulfat. Baja ini membekalkan nitrogen untuk pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisma.
5.       Kapor/abu seperti kapur tohor, kaur mati, dolomite mempercepatkan proses penguraian dan mengimbangkan keadaan berasid.

PEMBINAAN KOMPOS:
  1. Bahan-bahan kompos hendaklah dipotong halus, dikumpulkan di satu tempat berjauhan daripada bangunan untuk mengelakkan bau yang kurang enak.
  2. Saiz kompos adalah
a)      Lebar – 1.5 meter
b)      Tinggi – 1.2 meter
c)       Panjang – bergantung kepada bahan kompos







  1. Langkah pembinaan.
a)      Bina satu lapisan (10-15cm) ahan kasar seperti batang jagung, jerami padi atau ranting sebagai tapak.
b)      Di atas tapak asas, letak satu lapisan bahan sisa tanaman (10-15cm)
c)       Taburkan sedikit kapur.
d)      Kemudian ,letakkan sekali lagi sisa tumbuhan (10-15cm)
e)      Kemudain letakkan selapis najis haiwan (2.5-5cm). Boleh juga baja nitrogen.
f)       Ulangi langkah-langkah    a) – e) sehingga mencapai ketinggian 1.2 meter.
g)      Siram timbunan sehingga lembab
h)      Tutup dengan lapisan kasar untuk mengelakkan sejatan.
i)        Dirikan pondok untuk melindungi lapisan kompos.
  1. Pengurusan kompos
    1. Hendaklah disiram air secukupnya
    2. Selepas  seminggu suhu yang dihasilkan sehingga 60-67 C
    3. Suhu akan turun dalam masa 30 hari kepada suhu biasa.
  2. Menguji kejayaan kompos
    1. Sediakan batang kayu kering & licin berdiameter 2cm dan 1 m panjang dan masukkan pada timbunan kompos selepas 4-5 hari.
    2. Jika batang kayu penguji :
                                                               i.      Panas & lembab – biarkan kompos kerana penguraian sedang berlaku
                                                             ii.      Panas & kering -  timbunan perlu disiram air.
                                                            iii.      Kering & sejuk – penguraian tidak berlaku, perlu bina kompos semula.
    1. Kompos yang baik berwarna gelap, tidak berbau dan kesemua bahan telah reput.


  1. Selepas 4 minggu timbunan kompos perlu dibalik-balikan dan digaul.

No comments:

Post a Comment